Tuesday, July 23, 2013

KakYah :D

Bilamana weekend muncul, 
diri ini akan bertukar..
menjadi anak ummi yang paling rajin dalam ramai ramai anak ummi.
(erk)
Sebab sekarang musim puasa..
Pagi saya bermula dengan sahur~
Usai sahur, semua pinggan mangkuk cawan gelas periuk kuali wajib clear !
**Sebab waktu malam mata tak pernah nak rasa mengantuk awal, so tolong ummi sediakan sahur tu..
memang tak.
Ahha !
Baju baju dalam bakul baju..kosong.
Mesin basuh berfungsi tiap masa sampai tengahari.
Waktu pagi, ampaian full 
(sebab insan insan dalam rumah ni tukar baju tiap minit, patah belakang si penjemur baju)
Dedaun jambu yang luruh kat halaman..
clear.
Ruang tamu kemas.
Bilik tidur..settle.
Bilamana time adik (baca:Amak) nak gi tuisyen, tetibe je saya dapat jawatan jadi driver.
Petang, after asar..
Angkat baju di ampaian..
Lepastu bawak si comot ke bazar.
(dia comot sebab tak suka mandi pagi)
Beli makanan berbuka sikit sikit..
sebab ummi tengah masak kat rumah.
Balik, tolong ummi sediakan dishes yg mmg akan full satu meja. (meja kecik) :P
Selalunya saya tukang kacau, tukang potong bawang, tukang goreng, tukang membebel cerita itu ini kat ummi, tukang usik adik kat dapur sampai ummi marah. 
(adik2 marah tu memang wajib, kecuali dikbunsu sebab dia suka kena cubit pipi dan lengan oleh saya. saya pun suka mencubit. HAHA)
Selesai je berbukak..sinki tak leh ada barang, 
nanti kesian ummi nak masakkan sahur esok pagi, berserabut nanti.
Malamnya, after terawih..
saya penjaga pintu..
sebab jadi kelawar sampai pkul berapa entah..
so, kena pastikan pintu tengah ni terkunci sebelum tidur.
(satu pintu je pun. tu pun sebab dekat dengan tempat saya melepak)

Ummi tersenyum.

Hehe

Tapi..

bila weekdays.
Allah.
Will be the days that made me build my self.
(BUILD)
Made me die because of boring.
Made me suffer from depression that able to kill my self.

Usai sahur, 
ummi will say 
"Tinggal je, hari ni kak Yah mai kan?"

Yup.
She is..

Kak Yah.

The person that will do anythings *that she able to do
to us.

Pertemuan pertama kami bila saya berumur 6 tahun.
Amak bongsu time ni *3tahun
Memang sejak kecil kami ada pengasuh yang mampu nak tatang kami bagai air soya cincau yang penuh. *feveret.
sebab ummi dan abah busy kerja..
Waktu malam je ada kat rumah..

Sebab tu Kak Yah hanya akan datang time pagi, tengahari, petang je..
tu pun nasib baik rumah Kak Yah hnya 20 minit perjalanan.

Makan pakai kami anak beranak semua kak Yah yang akan urus.

Kadang kadang*or it more suitable to use : selalu
time kecik kecik dulu..
sebelum pergi sekolah..
confirm ada je masalah yg akan melanda kami..
Tak jumpa stoking..
Botol air hilang..
Buku tak tahu menyorok kat mana..
Kasut hilang sebelah..
Baju sekolah ghaib..
Ishh..

Satu je jalan penyelesain kami..
call kak yah yang sedang lena kat rumahnya.

"owhh, duk kat ampain semua baju sekolah, kak yah tak angkat sebab basah lagi semalam"
"kasut kak yah basuh yang satu lagi tu, sebab ada kucing buat projek"
"Buku kak yah termasukkan dalam meja study abang kot. ce intai"
blaa..blaaa

Walaupun kak Yah masih memegang tittle : budak
coz she not married yet time start jaga kami ni..

Tapi kak Yah tahu mcmana nak jaga kami kanak kanak nakal yang kekadang tak berapa nak faham dan tak reti apa maksud budi bahasa budaya kita.

Time kak Yah malas nak masak mknn berat waktu tengahari..
Kak Yah buat meggi. Bersorak kami adik beradik. 
HAHA

Time kami boring tahap gaban..
berselerak ruang tamu kami buat rumah idaman kami guna tilam, bantal, kushen, 
Seronot !
Sebelum pastikan semua ni settle, kak yah takkan balik petang tu..dan kak Yah takkan settle kan semua ni sehingga kami puas bermain.

Waktu kami tak nak makan nasi..dia yg akan merana.
(saya pun tak faham kenapa dia nak juga kami makan..sehingga sanggup turut apa saja kami suruh asalkan kami makan nasi)
Aduhhhh..

Air sejuk dalam peti takkan habis bila ada kak yah.

Kasuh sekolah yang hitam di pagi khamis akan putih kembali pada petangnya.
(untuk kegunaan pagi Ahad)

And..
tooooo muchhh many thingss moree that she did.

Nobody knows what will happen to us..
when Kak Yah not here. :'(
Everythings : kacau

Kalau dulu kakYah kerje 6hari seminggu.
Kini dah tukar 5hari seminggu (weekdays only)

And it almost 15 years.
She still here.
Manabur khidmat kepada kami sekeluarga.

And now..
Everythings that i do in weekend, she will do.
So what i need to do ??
(And what im sure about..
is..
all the works that i did, not same as what she did)

Betapanya beliau di hargai di sini..
sejak kecil hingga sekarang..
tak ada yang mampu menggantikan dirinya..

No wonder why mom said like this to us :

"bila semua dah besar, jangan tinggal kak Yah tu ea..
dia tak kahwin sebab tahu dia ada kita..
harap dapat jaga dia baik baik nanti"


In Sha Allah.
everythings will be great. :)

Seseorang itu takkan faham apa erti 
MENGHARGAI INSAN LAIN
 sehingga dia kehilangan mereka.

Moga Allah sentiasa menjaganya.
Memudahkan segala urusannya.
Memberikan yang terbaik kepadanya.

Untuk kak Yah, pengasuh kami ;)



No comments:

Post a Comment