Monday, September 30, 2013















Insulin Resistance .





Nothing.





 but






MADE ME FEEL SO BAD.










Seriously !

Pulau~ Pinang !

Beberapa hari lepas..
Cik Tini , jiran rumah sebelah..
datang ke rumah..
Sembang bisik bisik dengan ummi di meja makan..
Orang tuaa..macam macam gosip datang dan pergi~

Bila je Cik Tini balik..
Ummi mencelah bualan antara kami adik beradik..

"Kalau ummi cakap..
jangan terkejut ea.."

"Apa ummi?"

"Ehhh, xpe laah..tak perlu beritahu kot.."

"Ummmmmiiii !!!"

"Yer lahh..
Tadi cik Tini mai..
Dia tanya ummi pasal yah" - nama panggilan diri ini di rumah -

"Haaa? Pasai apaa ?"

"Abang Teh tanya pasal yah..
Abg Teh kata kat cikTini, 
"Mama kalau Bang Teh pinang Yah, agak agak lah kan..
dia nak ke ???"

HAHAHAHAHAAAA..



Ketawa kami PECAH !


"Ummi, pastu??"

"Lepas tu cikTini jawab..











"Takyah nak berlagak nak gi pinang doktor laaaaa..

Awak tu belajar apa..
Yah tu belajar apa ?
Kalau nak jugak, 
bak mai duit 30Ribu..
Barulah mama tak malu nak masuk pinang Yah tuuu.."





-____-"











Hurmmm..ni merupakan salah satu sebab laaa kenapa orang takut nak pinang doktor..

Allah..
Allah..







Sakit !


Bila ku hanya sesaat bagimu
Jangan biarkan ku terlanjur menyayanmu

Aku tak sanggup jauh darimu
Kerna kau yang membuat aku menyayangmu
Cinta yang ku punya bukan sekadar kata
Cintaku ini abadi untuk mu

Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa aku tak sanggup bila sendiri

Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa bila kau pergi

Aku tak sanggup jauh darimu
Kerana kau yang membuat aku menyayangmu
Cinta yang ku punya bukan sekadar kata
Cintaku ini abadi untukmu

Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meningggalkan aku sendiri
Aku tak bisa aku tak sanggup bila sendiri

Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa bila kau pergi

Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa bila kau pergi
Aku tak bisa bila kau pergi
Aku tak bisa bila kau pergi

2 Tahun x de apa apa lahh..
:'(

Iyer..
tak de pape !!

Thursday, August 8, 2013

Istidraj .

Selama beberapa minggu..
 saya dan kawan kawan seperjuangan, 
pelajar tahun 2 Al-Azhar terpaksa menahan debar kerana menungu result exam final.
Di sebabkan terdapat beberapa masalah pada pihak universiti, result kami ditangguhkan untuk di'announce'.

Selepas esok..
esok..
di sebabkan saya sudah berada di Malaysia..
hanya kawan-kawan yg masih di sana yang membantu,
cekal keluar masuk universiti..

Last-last sekali, saya hanya mendiamkan diri..
berhenti bertanya itu dan ini..
hanya menunggu mereka untuk hebahkan..

Suatu petang..
whatsapp group kuliah kami kalut dengan berita tentang result.
Alhamdulillah, akhirnya..
keluar jugak..

dari petang..sampai malam..
saya menunggu..
kawan-kawan di sana beritahu, result dah keluar..
cuma ada masalah dari segi pemarkahan.
**terima kasih kepada mereka di sana kerana bersusah payah membantu kami :)

Bilamana sahabat saya memasukkan result dalam group fb.
nama pertama yang dicari sememangnya Mardhiah Ashari.

hurmmm..
tersenarai dalam kalangan student Jayyid Jiddan lagi.
same as last year.

tapi bila tengok-tengok balik..
result ni betul-betul sama macam tahun lepas.
sangat sama.
persoalan diajukan kepada sahabat di sana.
iyer, memang ada masalah sebenarnya..

jadi, proses menunggu lagi.

pengharapan untuk mendapat lebih dari tahun lepas membuak-buak.
inshaAllah..

pukul 1 pagi saya tersedar..
tengok di group fb..
satu senarai baru di keluarkan..

mencari-cari nama Mardhiah Ashari.

di sebabkan susunan nama kali ni dah disusun mengikut ranking
hati saya semakin berdebar..

tengok di list student Mumtaz.
tiada.

senyap.
kelam.
sedikit hiba.


dan saya cari pula di list student Jayyid Jiddan.
nama saya yang paling atas.

berada di ranking ke 5.
(4 di atas semuanya mumtaz)

kenapa saya bukan student mumtaz ?
persoalan.

dan pagi tu, tidur saya tak lena..

keesokan pagi, list result yang original sampai ke tangan saya.
**berserta dengan markah
oleh kerana saya adalah ketua kelas, 
list tersebut perlu saya pass kan kepada pihak perubatan.

bila kira kiraan dibuat,..
markah student mumtaz 85% dan keatas..
dan saya..






84%




hanya Allah yang tahu perasaan itu.

saya cuba bersyukur, namun..
masih lagi bertanya..

kenapa?

kenapaa?

kenapaaa?

mula terbayangkan..
soalan soalan yang saya tahu saya silap meletakkan jawapan.
padahal tahu je jawapan dia !

1% je !

ya Allah :'(



namun,
 bila saya fikirkan balik..
kenapa setiap kali final,
result saya mcm ni..
( kalau tahun lepas 83% )

teringat balik..

berapa banyak dosa yang saya telah lakukan, 
berapa banyak janji kepada Allah yang saya mungkiri..
berapa banyak suruhan Allah dan adab adab yang saya tidak jaga dengan seeloknya..
berapa lama saya biarkan hati ini kotor dengan benda benda karut ketika dalam tempoh menerima ilmu Allah.

ya.

saya lalai.

jadi, 
84% ..
tidak perlu untuk saya pertikaikan langsung..

baiknya Allah,
saya insan berdosa,
saya insan hina,
saya hamba yang biadap,
saya hamba yang selalu lupa kepada Nya..
saya hamba yang jarang sekali mudah mengucapkan syukur..

namun Allah sangat baik kepada saya..

:'(
:'(

dahulu, 
saya selalu pesan kepada hati,

__Ilmu itu cahaya, dan ianya tidak akan memasuki hati-hati yang gelap__


Saya tahu..
siapa yang berbuat baik, 
taat kepada ALLAH 
akan dipermudahkan jalan kehidupannya,
Saya juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar,
tetapi sering juga dilihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, 
dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.




Istidraj ini adalah satu kalimah, 
yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, 
walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, 
malah seorang pembuat maksiat yang tegar. 

Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? 
Apakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, 
apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, 
rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, 
manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, 
juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.



Seperti mana kisah Qarun..
dimana dia ini adalah seorang manusia yang teramat kaya. 
Diriwayatkan bahawa, 
kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. 
Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Hartanya melimpah ruah. 
Segala perniagaannya menjadi. 
Segala pelaburannya mengembang. 
Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan. 
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. 
Lihat apa kata Qarun.

Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. 
Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, 
walaupun kekayaannya menjadi, 
rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. 
Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? 
Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. 


Nah… 
Apakah itu yang kita mahu?

Terkadang saya juga ada terfikir..
Apakah rasa yang akan timbul di dalam hati kita apabila kita ini jenis yang melazimi dosa-dosa, 
melakukan maksiat, 
kemudian kita berjaya di dalam peperiksaan dan kehidupan. 
Apa yang akan timbul dalam hati kita agaknya ?


99% akan merasa :
“ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada kita ketika itu? 
Kita berjaya, 
tetapi kita langsung lupa bahawa yang memberi kejayaan adalah Allah SWT , 
dan ini buktinya kita akan semakin jauh dari ALLAH. 
Itulah istidraj.

Nauzubillah, mintak jauh ya Allah :'(


Oleh sebab itu.. 
jangan gusar bila tidak berjaya. 
Cuba lagi. 
Hubungan keimanan dengan ALLAH.. 
itulah yang pertama sekali perlu kita perhatikan. 
Jika kita berjaya membina hubungan keimanan yang baik, 
insyaALLAH, 
datanglah badai apa sekalipun, kita akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH sangat suka menguji hamba-hambaNya yang beriman.

Teringat satu cerita..

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa” ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”


Nah, jangan anda kecewa bila diuji, 
tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah study..
gagal dalam perniagaan walau hebat menyusun strategi. 

Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. 
ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. 
Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara itu, perkara itu. 
Kita masih belum gagal dalam kehidupan. 
Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. 
InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada kita. 
Bersangka baiklah kita kepadaNya

Maka sebenarnya, 
bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. 
Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. 
*Alhamdulillah :')
Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita. 
Mustahil kita suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti.. merana. 

Semoga Allah jauhkan aku dari tergolong dalam kalangan seperti ini..

Pada diri saya sendiri..
 wajib untuk tidak berasa tenang terhadap pemberian Allah ini..
jika saya berbuat dosa, dan saya berjaya. 

Sebab itulah, muhasabah diri itu sangat penting. 
Untuk sentiasa periksa bagaimanakah hubungan dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. 
Lepas pada ni..
saya dah tak ingin keluarkan kata-kata seperti ini lagi..
:'(

Mardhiah Ashari..

duduk..

please,

 muhasabah diri semula.




Wednesday, July 31, 2013

SEKOLAH RENDAH saya !

Like always.
This morning i was doing my job to send my pretty SPM sis to the bus stop.
*mood nak ckap BI bila talk pasal SPM.

Dalam perjalanan balik, terlintas dalam hati nak jenguk sekolah lama
(sekolah rendah)
Nice plan~


Here we are !





.
.
.
.
.
.
.




Sekolah Rendah Ugama Arab Al-Ittihadiah Tanjung Pagar.
(SRUA, ITP)

Yup, kat sekolah kampung ini la saya dapat  pengalaman kedua sebagai pelajar.



Walaupun ia hanya sekolah kampung yang rata rata orang tak kenal..
tapi ke semua ke 7-7 beradik semua lepak kat sini time sekolah rendah.
Sebab ?
Kami pun tak tahu..

Rata rata dari kami , sekolah kat sini sampai menengah 
*sebab sekolah ni campur menengah rendah,
 sebab tu pengaruh kanak kanak darjah 6 tak kukuh sangat.
sebab atas depa tu masih ada senior.
redha je laa.

Tapi saya hanya sampai darjah 6.
sebab lepas tu berpindah ke MTS <3

Walaupun hanya 6 tahun kat sini..
macam macam yang di lalui.

Waktu darjah 1 & 2 , ada seorang abang yang sangat sangat saya admire!
*walaupun abang sendiri ada kat sini*
Rasanya dia form 4@5 waktu tu.
Tiap tiap pagi bila sampai kat sekolah..
Saya akan cari dia merata rata dekat kawasan sekolah.
Sebab nak bersalam.
Dengan harapan, semoga berkat hari yang akan saya lalui~
HAHA

Bila dah masuk darjah 3,4 pengaruh kami adik beradik agak kuat.
Sebab abah jadi pengerusi PIBG.
:P
*Mungkin dah lama, tapi waktu ni baru saya (ter)perasan. 
Sebab selalunya cikgu cikgu akan cari abang @ kakak saya untuk kirimkan surat kepada abah.
Tapi bila dah besar sikit, kepercayaan cikgu kat saya dah bertambah.

"Siapa anak Hj. Ashari , pengerusi PIBG sekolah dalam kelas ni ?"

"Saya"

"Okey, surat ni nanti bagi kat abah yerrrr"

ummmm.

Semua mata memandang.

HAHA
sebagai budak budak yang agak pasif, tak salah untuk saya merasa bangga sengsorang.

dan bila ada majlis kecemerlangan..
abah akan jadi pemberi hadiah.
*nama pun pengerusi PIBG*

dalam ramai ramai penerima hadiah,
kami adik beradik jer yang akan peluk cium abah sebelum ambik hadiah.

(nasib baik time ni selalu dapat no atas atas)


Tapi bila dah sedikit dewasa, darjah 5,6 

Mula laaa fikiran ni nak membesar, tak cukup fizikal
mental pun turut membesar.

Saya suka join kelab nashid sekolah.
*walaupu suara tak berapa best*
bilamana Majlis Daerah buat program, kami akan di jemput..
mengalunkan suara katak kami yang comel ni,
di depan rrrraaaaaaamai orang..

Terima je laaahh..

pengakhiran darjah 5..
=overspirit=

Saya keluar masuk bilik guru nak mintak cikgu buatkan extra class sepanjang cuti akhir tahun.

"Saya UPSR tahun depan ni cikgu! Tolong faham!"



tak pernah wujud extra class untuk student syear 5.
terpaksa laaa cikgu datang mengajar.
Mana tak nya, penekanan untuk student UPSR ,
sepatutnya waktu darjah 6 depa akan start.

Bila dah masuk darjah 6..
ada student baru masuk, join kelas kami..

haaa~
proses perkenalan yang tak dijangka bermula..

"Awak, ada orang kata awak mintak nombor fon saya.
 Nah.."


*sambut

Amboihh kau?
Sejak bila saya jadi gatal semacam ?

But its okey..
no one will stop this friendship and i also dont want !



(yeayyy, pakwe baru!)


disebabkan mak ayah dia tinggal kat KL
dan dia tinggal kat sini dengan datuk nenek
so,
bila kami ada extra classes..
dia akan balik rumah ( datuk dia ) sekejap..
untuk tukar baju, solat, makan, rehat*
*sebab terlampau dekat*
walaupun tahu gap sebelum kelas tambahan hanya 1 jam.

Dan saya tak balik sebab rumah jauh..
nak makan leteran ummi boleh laa kalau nak balik jugak..
dan

bila dia datang balik ke sekolah..
macam macam benda saya dapat.

Air horlick, Nasi bungkus~

hehe **muka miang


Pernah jugak terjadi,
(budak laki kelas sebelah)
budak ni,
jarang budak perempuan nak tegur dia,
sebab dia malu-malu tambah ngan sifat gengster
*nak jadi gengster tapi malu*

dia bawak buah pelik ke sekolah..
*tak silap nama dia buah KAYU*
and share dengan kawan2 dia..

dan
di sebabkan mulut saya sangat banyak time tu

"Ehh..nak jugakk !"

dia terkejut*

"errr, esok nanti aku bawakkan"

ha?*
"..ok"


Keesokannya..
punya lah banyakkk buah tu saya dapat..

berparty buah kejap kami budak budak perempuan.
(selama ni tengok budak laki je yg melahap)

dan lepas kejadian tu..

"Mardhiah, Fai*al kirim salam"

" ha? Waalaikumuassalam..kirim salam dia balik "

again.

again.

and again.

HAHA





Alhamdulillah..
Darjah 6 saya sangat owsem :D
walaupun tak berapa nak owsem

( sebab tak jadi yang paling senior untuk buli adikadik, 
tapi mandat tu tetap ada )

Akhirnya exam UPSR

 dan

result diumumkan..

Memang menjadi kebiasaan..
ummi abah tak pernah datang kat sekolah untuk ambik result kami sebab busy..

so, saya ambik sorang-sorang je.
Tak nangis, walaupun ada rasa nak nangis sebab tengok parents orang lain semua datang.
*abah ummi, sila take note. huhu*

Nama first , tak lain tak bukannn..nama saya :)
**time ni memang menjadi student harapan sekolah**

Alhamdulillah..
5A dalam genggaman, yeay!



dan pakwe datang..

" awak..nak tengok result "

dan

kami berbeza.

walaupun tiap-tiap kali kuiz math saya memang akan berperang dengan dia.

yup.
tahap masing-masing.

Alhamdulillah ala kullu hal


Awal (umur) form 1..
*sekolah ni bukak awal*
 saya berkesempatan ke sana lagi..jumpa kawan kawan..
sambil sambil bagi info yang akan transfer ke skolah lain.
*bangga kejap jadi buah mulut ramai orang*

cikgu cikgu berkeras tak nak bagi.
tapi nak buat macammana
impian dan harapan kita berbeza~



akhirnya, tamat cerita sebagai student ITP.

lepas lepas tu, pakwe pun pindah sekolah jugak..

sedih saya takde rasanya.



pahit, manis, hitamlegam, putihmelepak, tawar, masin,..
semua saya bawak bersama ke Maahad Tahfiz Sains.

#rindu kawan kawan lama :')
#rindu pakwe setahun jugakk.



















Tuesday, July 30, 2013

Cahaya di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada 3 cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.

* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.



Apabila ditanya cahaya apakah ini ?

Lalu dijawab :


Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah
manusia yang ketika di dunia mereka akan
meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci
dan mengambil air sembahyang apabila
terdengar azan.



Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang
mengambil air sembahyang sebelum azan.



Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka
seperti matahari. 
Mereka di dunia sudah
bersiap sedia di dalam masjid sebelum

azan lagi.


Tahap kita dimana andai solat itu sendiri sentiasa kita lengah-lengahkan ?

Allah..


Monday, July 29, 2013

Leopard--Engineer









Knowing for a few years.

But it need to end here.

What should i do,
if everythings had change.


Friendship won't forever be friendship.

Because i know that something already growth.

Hope that you understood what already happend.



Crying.

But i feel so stupid.

But keep crying.

Feeling stupid.



If there still no action

Nothing will happen.


But, my best buddy..
u need to know.

You are the best person that colourising my life.

Will never forget, what you have done on me :)

i wanna keep moving.

not stop and hold you at the roadside.

because
i also want you to move.

not wait for me that always wanna hold you.



Because you are everythings for me, my friend.


Fighting !



Mujahadah.
meLawan nfsu.

20th RAMADHAN.



Everythings gonna be alright.


awak takkan dilupakan.
janji.



Tuesday, July 23, 2013

KakYah :D

Bilamana weekend muncul, 
diri ini akan bertukar..
menjadi anak ummi yang paling rajin dalam ramai ramai anak ummi.
(erk)
Sebab sekarang musim puasa..
Pagi saya bermula dengan sahur~
Usai sahur, semua pinggan mangkuk cawan gelas periuk kuali wajib clear !
**Sebab waktu malam mata tak pernah nak rasa mengantuk awal, so tolong ummi sediakan sahur tu..
memang tak.
Ahha !
Baju baju dalam bakul baju..kosong.
Mesin basuh berfungsi tiap masa sampai tengahari.
Waktu pagi, ampaian full 
(sebab insan insan dalam rumah ni tukar baju tiap minit, patah belakang si penjemur baju)
Dedaun jambu yang luruh kat halaman..
clear.
Ruang tamu kemas.
Bilik tidur..settle.
Bilamana time adik (baca:Amak) nak gi tuisyen, tetibe je saya dapat jawatan jadi driver.
Petang, after asar..
Angkat baju di ampaian..
Lepastu bawak si comot ke bazar.
(dia comot sebab tak suka mandi pagi)
Beli makanan berbuka sikit sikit..
sebab ummi tengah masak kat rumah.
Balik, tolong ummi sediakan dishes yg mmg akan full satu meja. (meja kecik) :P
Selalunya saya tukang kacau, tukang potong bawang, tukang goreng, tukang membebel cerita itu ini kat ummi, tukang usik adik kat dapur sampai ummi marah. 
(adik2 marah tu memang wajib, kecuali dikbunsu sebab dia suka kena cubit pipi dan lengan oleh saya. saya pun suka mencubit. HAHA)
Selesai je berbukak..sinki tak leh ada barang, 
nanti kesian ummi nak masakkan sahur esok pagi, berserabut nanti.
Malamnya, after terawih..
saya penjaga pintu..
sebab jadi kelawar sampai pkul berapa entah..
so, kena pastikan pintu tengah ni terkunci sebelum tidur.
(satu pintu je pun. tu pun sebab dekat dengan tempat saya melepak)

Ummi tersenyum.

Hehe

Tapi..

bila weekdays.
Allah.
Will be the days that made me build my self.
(BUILD)
Made me die because of boring.
Made me suffer from depression that able to kill my self.

Usai sahur, 
ummi will say 
"Tinggal je, hari ni kak Yah mai kan?"

Yup.
She is..

Kak Yah.

The person that will do anythings *that she able to do
to us.

Pertemuan pertama kami bila saya berumur 6 tahun.
Amak bongsu time ni *3tahun
Memang sejak kecil kami ada pengasuh yang mampu nak tatang kami bagai air soya cincau yang penuh. *feveret.
sebab ummi dan abah busy kerja..
Waktu malam je ada kat rumah..

Sebab tu Kak Yah hanya akan datang time pagi, tengahari, petang je..
tu pun nasib baik rumah Kak Yah hnya 20 minit perjalanan.

Makan pakai kami anak beranak semua kak Yah yang akan urus.

Kadang kadang*or it more suitable to use : selalu
time kecik kecik dulu..
sebelum pergi sekolah..
confirm ada je masalah yg akan melanda kami..
Tak jumpa stoking..
Botol air hilang..
Buku tak tahu menyorok kat mana..
Kasut hilang sebelah..
Baju sekolah ghaib..
Ishh..

Satu je jalan penyelesain kami..
call kak yah yang sedang lena kat rumahnya.

"owhh, duk kat ampain semua baju sekolah, kak yah tak angkat sebab basah lagi semalam"
"kasut kak yah basuh yang satu lagi tu, sebab ada kucing buat projek"
"Buku kak yah termasukkan dalam meja study abang kot. ce intai"
blaa..blaaa

Walaupun kak Yah masih memegang tittle : budak
coz she not married yet time start jaga kami ni..

Tapi kak Yah tahu mcmana nak jaga kami kanak kanak nakal yang kekadang tak berapa nak faham dan tak reti apa maksud budi bahasa budaya kita.

Time kak Yah malas nak masak mknn berat waktu tengahari..
Kak Yah buat meggi. Bersorak kami adik beradik. 
HAHA

Time kami boring tahap gaban..
berselerak ruang tamu kami buat rumah idaman kami guna tilam, bantal, kushen, 
Seronot !
Sebelum pastikan semua ni settle, kak yah takkan balik petang tu..dan kak Yah takkan settle kan semua ni sehingga kami puas bermain.

Waktu kami tak nak makan nasi..dia yg akan merana.
(saya pun tak faham kenapa dia nak juga kami makan..sehingga sanggup turut apa saja kami suruh asalkan kami makan nasi)
Aduhhhh..

Air sejuk dalam peti takkan habis bila ada kak yah.

Kasuh sekolah yang hitam di pagi khamis akan putih kembali pada petangnya.
(untuk kegunaan pagi Ahad)

And..
tooooo muchhh many thingss moree that she did.

Nobody knows what will happen to us..
when Kak Yah not here. :'(
Everythings : kacau

Kalau dulu kakYah kerje 6hari seminggu.
Kini dah tukar 5hari seminggu (weekdays only)

And it almost 15 years.
She still here.
Manabur khidmat kepada kami sekeluarga.

And now..
Everythings that i do in weekend, she will do.
So what i need to do ??
(And what im sure about..
is..
all the works that i did, not same as what she did)

Betapanya beliau di hargai di sini..
sejak kecil hingga sekarang..
tak ada yang mampu menggantikan dirinya..

No wonder why mom said like this to us :

"bila semua dah besar, jangan tinggal kak Yah tu ea..
dia tak kahwin sebab tahu dia ada kita..
harap dapat jaga dia baik baik nanti"


In Sha Allah.
everythings will be great. :)

Seseorang itu takkan faham apa erti 
MENGHARGAI INSAN LAIN
 sehingga dia kehilangan mereka.

Moga Allah sentiasa menjaganya.
Memudahkan segala urusannya.
Memberikan yang terbaik kepadanya.

Untuk kak Yah, pengasuh kami ;)



Wednesday, July 17, 2013

After a lOng time


Assalamualaikum..

almost a year !
yup..

memang diri saya di tahun 2 sangat tak ada masa nak membebel dalam blog.
#bersawang, bersepah, bersemut dah kat sini ni#

Busy melebih~
entah.
mungkin diri saya sendiri yang agak kedekut masa untuk buat semua ni.
sama jugak dengan melayan movies..

dengan tittles yang "ter"pegang ketika bergelar 2nd year medical student ni..
membuatkan diri saya lebih menghargai masa.
((walaupun yang sebenarnya, TAK))


TOO MUCH things that already happend this year, 
tapi x sempat nak di semadikan di sini..



sekarang saya dah bertemu Ramadhan. 

Tu pun kat Malaysia..
Alhamdulillah..
selamat menempuh segala-galanya.
Tahun 2 yang packed.
Trial exam yang nice.
Final exam yang mengementarkan
perjalanan kehidupan sebagai anak, 
adik, 
kakak, 
sahabat, 
kawan, 
cinta, 
pendengar, 
pendidik, 
rakyat 
dan seumpama dengannya.

Sekarang dah hampir sebulan di Malaysia.
Sungguh, 
sangat tak sama keadaannya kat Mesir ;
yang sangat mendidik hati/ diri/ jasmani/ rohani/ akhlak diri saya.

In sha Allah,
 andai berkesempatan, 
saya nak jadi tetamu Ramadhan pada tahun hadapan, di Mesir pulak. 
Ameen :)