Monday, September 10, 2012

Kanak-kanak itu~ ;D

tempat bergaduh..

tempat kongsi segala duka..

tempat nak share perasaan happy..

tempat nak buang perasaan boring..

tempat nak sama-sama jalan-jalan entah mana nak tuju..

tempat nak sama-sama terketar-ketar bila tengok movie seram..

tempat sama-sama memekak kat dapur time kalut nak memasak..
(Didy tukang kacau je ! ho3~)

tempat nak main osom-osom time nak mintak mushrif..
(selalunya Didy lah yang kena !)

tempat nak sama-sama kalut di pagi hari exam..

tempat nak stalk insan-insan tertentu lepas iftar..
he3, 
aaaaauuuuuummmm~!

tempat nak sama-sama berebut toilet..

tempat nak  tu..
nak ni..~

mereka, SEGALANYA !
:D

3 bulan sumer vacation..
orang lain ..
balik Malaysia..

kami, 
stay kat Egypt..
my pose & raya sebagai anak perantau..
tak lah teruk sangat bila ade mereka 2 orang ni..


kami kanak-kanak, nak solat terawih ugak !
( muka berlagak sedih lepas penat berkejar-kejar dengan mushrif ! )

summer tanpa kipas bagaikan apa ntah~
( sambil-sambil tunggu ustad tengah baiki kipas )

(nak gi jalan-jalan at the night )

( muka suci di pagi raya :D )



he3,
ni hadiah yang berjaya kami dapat..
sekurang-kurangnya..
ada gak kenangan selama mana tak balik Malaysia..

biarpun NAIB JOHAN..
at least~
dapat ;)

(NAIB JOHAN Ghurfah Idaman_Muktamar'12)
* selepas HEWI KPKM membuat lawatan..
he3, rumah yang bagaikan kapal pelayan yang pecah..
bertukar menjadi cruise kejap :P *




apa-apa pun, 
my 3months summer vacation is..
NOTHING 
without this 2 nonsense girls !
:)

uit budak-budak !
thanks tau, coz sudi hidup ngan Didy kat sini ;)


|
|
|
|
|
|
V

<3 Atieqah , Shuhaida <3

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; 

"Tidak sempurna iman seseorang itu, 
sehingga dia mengasihi saudaranya, 
sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." 
(Hadis riwayat Muslim)

Didy sayang korang ! 

#esok pagi, Shakirah & Farhan sampai~

SELAMAT DATANG !

dari kami, 
3 orang bedebah yang masih tinggal kat rumah Libi :)




ABAH : ''Payah pun, kena syukur jugak"

Lagi beberapa hari, kuliah akan bermula
Alhamdulillah..
terkeluar jugak Mardhiah Ashari dari kemelut keboringan yang memang terlampau boring ni !
:D

...............................................................................................................................................

talk soal study..
tiba-tiba je..
teringat kat abah..
( satu-satunya insan yang mampu membuatkan diri ini mengalirkan air mata..
 dengan hanya bicara darinya )
itulah abah saya.. <3

waktu kecik-kecik dulu..
bila je semangat mulai nak patah..
saya ada abah..
abah sebut je apa-apa..
semangat saya naik balik..

waktu sekolah dulu..
lebih-lebih lagi waktu sekolah menengah..
diri ni agak nakal..
belajar pun,.
ho3~
agak main-main kot..

abah tak henti-henti bagi nasihat..
ingatkan tentang perkara tu..
perkara ni..
harapan abah pada anak perempuan beliau yang ni,
sangat tinggi..
urmm :')

semalam., blog walking..
klik pada blog abah..
usha kejap..
buat hilang rindu..

stalk balik entry abah yang lama-lama..

tahun 2010..
terjumpa satu entry yang bertajuk :

"payah pun kena syukur jugak"

yang buatkan anak abah yang kejauhan ni..
mengalirkan air mata..

abah tak pernah mengadu di setiap kesakitan yang abah tanggung..
langsung tak..!
siapalah kami kanak-kanak yang amat memerlukan beliau..
untuk abah mengadu masalah..

dalam entry tu..
abah bercerita tentang sabar dan syukur..

satu je ayat abah yang membuatkan diri ni tersentuh..

(petikan dari blog abah)
Hari ni pagi lagi saya bersama 3 anak jantan ke kebun, menyempurnakan polibeg tanaman sejenis herba yang kami proses sebagai ubat tradisional dan sehingga kini boleh dikatakan ok la. Boleh juga dikatakan sebahagian besar dari pengguna akan membuat pesanan ulangan satelah mereka mengambil herba ini. Alhamdulillah.


Separuh dari polibeg yang telah diisi dengan media tanaman itu dah dinaiki rumput, subur pulak tuu, masakan tidak media tanaman yang diisi kedalamnya dicampur dengan baja organik, kebetulan hujan pun jadi sekarang, apa lagi sedaplah puak rerumput yang bercambah didalam polibeg itu membesar dengan makanan yang cukup.



Payah juga nak tarik rumput dan anak pokok yang tumbuh dalam polibeg itu, ada anak pokok yang akarnya seakan-akan memenuhi polibeg dan menjadikan jari telunjuk kanan saya sakit dan payah nak dibengkokkan. 

:'(
Allah, ayahanda sayaa..


Tiba-tiba dalam satu kelompok polibeg, bila saya menarik rumput dan anak-anak pokok keluar sekumpulan semut merah yang tidak menggigit. Wah, fikiran saya cepat mentafsirkan, kalaulah semut ini semut gatal alamat amat payahlah kami nak buat kerja. Dan, masa itu, saya akan mengatakan, 'kalau tak ada semut gatal, pasti aku dapat mencabut rumput ini dengan selesa dan cepat dan sebagainya.'



Oh, rupa-ruipanya terlalu banyak ni'mat Ilahi dengan menumbuhkan rumput dan anak-anak pokok ini dalam polibeg ini, Allah tidak menumbuhkan pokok duri, tak diperintahkan semut gatal berumahtangga dalam polibeg ini, tak juga Allah SWT memberi keizinan untuk jadi tempat persembunyian ular lipan dan sebagainya disini.



Rupa-rupanya, banyak benda yang membolehkan aku bersyukur dengan apa yang ditentukan Nya.


.......................................................................................................................................

beberapa hari lalu,
abah hantar message..

bertanyakan tentang aktiviti anak beliau,
di bumi Mesir ni..


abah macam tahu-tahu je ,
apa yang saya buat..
he3..

urm..
mungkin abah tahu..

"kena ambik positif semua perkara..
semoga mendapat kejayaan dunia & akhirat, 
insyaAllah.."


urmm..
walaupun saya tak balik Malaysia..

banyak sangat benda yang saya dapat kat sini..
lebih dari orang lain..
insyaAllah..
Abah suka sangat bila dapat tahu saya join kelas quran..
join program..
mean : tak buang masa sangat..
urm, perkara yang elok..
abah redha..
Allah pun redha..
insyaAllah.. :D

suatu ketika dahulu..
waktu diri ni lemah & malas di waktu pertengahan belajar..
abah massage..


 " kepada semua anak-anak abah..
selamat menjalankan tuntutan hadith  :


طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ


Allah..
:')


abah,
jiwa abah faham apa yang anak-anak abah sedang rasai..
Allah hantar firasat.. Allah suruh abah yang tegur kami..

Abah..
anak abah yang ni susah nak rasa bersyukur kan ?
perjuangan abah kat sana untuk makan minum kami..
susah payah..
abah je yang terlebih menaggung semua tu..
waktu diri ni bimbang ketiadaan duit..
abah yang bertukus lumus mencari..
anak abah kat sini ,
bersenang lenang tunggu abah masukkan duit..

abah,
anak abah pun nak jadi insan berjaya macam abah..
seorang kanak-kanak yang lahir dari keluarga miskin..
namun..
semangat yang wujud dalam diri abah..
membuatkan segala-galanya dalam hidup abah berubah..
menjadikan abah insan terHEBAT dalan HATI kami..

Allah..
Hamba Mu ini, 
lupa untuk bersyukur dengan segala nikmat yang Engkau berikan..
nikmat kesihatan untuk teruskan perjuangan..
nikmat kehadiran 'mereka' yang membantu dalam setiap perkara..

walaupun badai kesusahan Allah hantar,
satu je yang perlu fikir..
semua ni adalah tanda kasih sayang dariNya,
terus hilang penah lelah untuk hadapi masalah tersebut..
insyaAllah ^^,

Allah, jaga diri beliau Ya Allah..
jaga mereka semua untuk ku Ya Allah..



diri ini berjanji..
akan cuba yang terBAIK !
:D

urmm.
iyer abah,



walaupun payah macammana pun..
kena syukur jugak ! ;)



Didy,
abah's strongest daughter !





semangat !
:D


Sunday, September 9, 2012

my SUMMER vacation in Egypt !

Sekarang Egypt dah 26 darjah celcius~ ;D

my sweet! winter is coming..

( huhu, Egypt dengan winternya..
kwang..kwang..~ )

so, waktu untuk belajar secara serius balik pun da dekat..

hurm..
a very boring summer vacation to be the one that stay here..
only Allah knows how it was !

my life after the exam finished, 
until now..
and several days after this..

WHAT I AM DOING ?

beberapa minggu yang pertama, 
di sebabkan akak2 & abang2 senior masih lagi dalam exam phase, 
so, kanak-kanak yang dah habis exam ni..
tidur, 
tidur..
and 
tidur..
sampai sakit belakang ! 
serius..
tak tipu~ :P

bila dah penat sangat nak layan tidur yang tak best tu..
alhamdulillah, 
dapat masuk kelas quran..
tahsin bacaan dengan syeikh-syeikh Arab.. 
alhamdulillah !
Allah bagi peluang ni :)
so,
tiap-tiap pagi, 
tahsin quran, :D

tapi..
kalau kelas batal, 
TIDUR !

lepas je habis kelas..
kalau tak pergi melencong mana-mana tempat, 
balik rumah..
layan movies, yang sangat-sangat banyak..
sambil makan Egypt's junk food <--ni penting, sambil-sambil nak bina badan..

bila movies yang banyak tu dah habis..
terjadi lah aktiviti yang tak berapa nak bermanfaat ni..

|
|
|
V

window shopping kat:
Genena Mall, 

City Star, 

**window je laaa..
nak beli ? 
tunggu dapat kerja kot :P

jenguk-jenguk barang impian <3
he3..

IT Mall, Sarag Mall ..
& segala jenis mall yg nampak menarik,
Royah tak Royah semua skali kami masuk..
kedai runcit ammu kat bawah pun..
masuk jugakk..
kalau boring sangat, 
16 kali pergi dalam sehari..
dyorang tak pernah nak marah..

shopping kat Hussien, 
Atabah..
sampai energy low tahap nak off..
*dengan panas-panas, 
orang yang sangat ramai, 
tambah-tambah kalau puasa !
Allah~
tapi, kami rela ~ :P
ho3..
walaupun hanya nak beli stoking 1 pasang, 
rela bayar teksi dekat 20LE semata-mata nak jalan-jalan jer !

baca manga online ( bagi yang tak bawak komik datang sini sekali laa )
kalau boleh hafal skali skrip dyorang, 
tu lagi bagus..


baca cerpen online ( yang membangun je laa.. )

main-main kat Wonderland , Hadiqah Dauli :D 
terpekik sampai suara nak ngaji esok hari pun rosak..
hurm...

bila dah lewat petang, jalan-jalan keluar , 
pergi makan asir (jus buah) yang terBAEK ! :D
*gedix, petang-petang baru nak keluar*

sebab time tu laa best !
:D



pic,credit to : asada~

makan segala benda yang hanya keluar time summer, 
sebab nanti kuliah dah start, 
Egypt da nak masuk winter..

lawat ke semua restoran Melayu & Arab yang ada kat Mesir, 
cuba seeeemmmua makanan.. :D

chat dengan insan di seluruh dunia sampai tak de ayat dah nak dikeluarkan..

call pakwe & makwe kat Malaysia sampai kreadit habis~ 


tapi..

hidup kami bukan semata-mata macam tu !

ada jugak..

join kuliah agama yang BKAN/PMRAM anjur..

join majlis-majlis ilmu yang berfaedah..
biarpun dalam bahasa Arab,
duduk je,.
dengar..
sebab..
Allah ciptakan malaikat “Sayyahun” sebagai malaikat yang melancong dan menghadiri majlis ilmu dan zikir (majlis mengingati Allah)..
ini bermakna..
dalam majlis ilmu macam ni..
ada malaikat yang turut serta dan memayungi para penuntut ilmu :)

masuk kelas-kelas yang berfaedah..
seperti, kelas quran ke..
kelas bahasa ke..

lawat kuliah (universiti) kalau ada masa, 
supaya mood belajar kat sana tak hilang..
tengok suasana uni kalau-kalau ada yang berubah..
jumpa & tanya khabar doktor-doktorah yang sentiasa setia kat uni..
pergi tegur pak cik-mak cik yang ada..
jumpa kawan-kawan Arab..

paling penting !

BELAJAR~

buku-buku untuk next year, 
shopping awal-awal..
ambik mood study
 awal-awal lagi..baca semua buku,
time-time boring kat rumah
(walaupun sentiasa boring. tak pe..baca tiap masa)

jadi, di sebabkan jadual hidup waktu summer saya ni SANGAT best ! , 
saya...
tak nak hadapi summer kat sini lagi tahun depan !

ummiabah, tahun depan, nak balik Malaysia ea, ;(


Friday, September 7, 2012

my Leopard friend ! :D

Hadis Abu Musa r.a :

Daripada Nabi s.a.w baginda bersabda: 
Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang yang soleh 
dan berkawan dengan orang yang jahat 
adalah seperti seseorang yang membawa minyak wangi 
dan seseorang yang meniup dapur tukang besi. 
Orang yang membawa minyak wangi, 
mungkin beliau akan memberikannya kepadamu 
atau mungkin kamu akan membeli darinya 
dan mungkin kamu akan mendapat bau yang harum darinya. 
Manakala orang yang meniup dapur tukang besi, 
mungkin beliau akan membakar pakaianmu 
dan mungkin kamu akan mendapat bau yang tidak elok darinya.

Mafhum hadith ni, mesti da faham kan ?

Kat sini, Rasulullah pun dah pesan, betapa pentingnya kita..
untuk memilih kawan yang terbaik untuk dijadikan teman..

Kawan yang terbaik, 
ialah seseorang yang sentiasa membawa kita untuk sentiasa mengingati Dia, 
dan mengingatkan kita untuk menjauhi setiap laranganNya..

Sini ada beberapa jenis golongan kawan..
hurm,
Nak melabel kawan buat apa ?
Diorang nak hidup dengan kita pun dah kira OK kan ?

Ni cuma nak tengok, 
kita ni..
tergolong dalam golongan yang mana..
mean..
check diri sendiri ~ :)



Si Pendengar
Jenis ini mudah mendengar tak kira perkara remeh atau berat tanpa mengadili kita ni salah atau tidak
( Ini yang tak best sikit, tapi memang tak boleh nak elak laaa..sebab dia sangat baik.. )
Mereka tidak akan menyampuk luahan hati kita dan tidak akan memberi nasihat sehingga kita pinta. Kita patut memiliki kawan jenis ini sebagai tempat untuk meluahkan perasaan tambahan juga, kawan jenis ini sangat bagus menyimpan rahsia.

Si jujur
Kawan jenis ini akan bercakap perkara yang jujur sahaja 
( jujur sangat pun takut jugak ! )
tidak kira kita menyukai atau tidak perkara yang anda dengar. Mereka sangat jujur sehingga ditafsirkan sebagai biadap. Kawan jenis ini yang akan memberitahu dan mengomen segala benda yang kita buat seperti sekiranya kasut yang kita pakai tidak sesuai dengan baju, atau sekiranya baju yang dipakai itu tidak cantik. Namun, selepas dia mengkritik dengan jujur, dia pantas memujuk kita kembali atau meminjamkan kasut yang sesuai untuk kita.

Si Penggemar Fesyen
Bercerita pasal kasut atau baju yang mahal, 
tidak semua mampu untuk memiliki barangan Jimmy Choo atau pon Guess. 
Maka, kita patut memiliki kawan yang tergolong dalan jenis ini kerana mereka mampu memilikinya dan dia sangat berbesar hati untuk meminjamkan kepada anda. 
( macam nak ambil kesempatan pun ada :P )
Mereka ini lah yang sesuai dijadikan rujukan sekiranya kita ingin berbelanja besar untuk satu-satu barangan mahal. 
Mereka mempunyai citarasa yang tinggi dan rasa fesyen yang sempurna. 
Namun perkara yang paling menarik, anda mempunyai akses penuh kepada almari beliau.
( yang ni memang nak ambil kesempatan ) 
Hebat bukan?

Si cergas
Ingin tahu DVD senaman yang mana patut dibeli atau yoga studio yang baru dibuka berdekatan dengan rumah anda patut dicuba atau tidak? 
Tanya saja si cergas. 
Mereka yang tergolong dalam kategori ini tidak lokek berkongsi rahsia masakan rendah kalori yang lazat dan enak. 
Nak ajak teman berjoging..ajak je mereka ini, 
mereka sangat berbesar hati menemankan kita bersenam di taman.

Si Diva
Kita semua perlukan drama dalam hidup, 
maka tidak salah memiliki salah seorang kawan dari jenis ini. 
Mereka ini bukan ‘drama queen’ tapi lebih kepada sang puteri yang wataknya tidak akan menyusahkan orang lain. 
Mereka mudah ketawa termasuk kepada diri sendiri, comel dan tiada musuh. 
Yang pastinya hanya suka berlagak diva dan tahu semua perkara.

Si Lasak
Golongan ini lasak seperti budak lelaki dan tahu semua perkara yang budak lelaki tahu. 
Mereka ini mampu untuk menukar tayar kereta kita yang pancit sekiranya kita tiada kawan lelaki yang boleh menolong.
Golongan ini tidak akan sesekali memperlecehkan kemampuan wanita yang serba kekurangan malah mereka sangat boleh diharap.

Si pengambil berat
Mereka yang tergolong dalam kategori ini bersikap seperti ibu yang sangat mengambil berat. 
Kawan jenis inilah yang akan memasak bubur dan sup ayam sekiranya kita demam, 
yang tahu setiap jenis bunga dan yang menyayangi kanak-kanak dan binatang. 
Mereka sangat penyayang, ringan tulang malah anda boleh berkongsi masalah seperti yang kita lakukan bersama ummi :D


Namun, ada juga kawan yang perlu kita hindari dari bersahabat dengan nya,
kerana segala yang buruk darinya, sedikit sebanyak bakal kita contohi..

Sahabat yang tamak
Ia sangat tamak, 
ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, 
dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

Sahabat hipokrit
 Dia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, 
atau hal-hal mendatang; 
ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; 
dan jika ada kesempatan membantu, 
ia menyatakan tidak sanggup.

Sahabat pengampu
 Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, 
yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, 
di hadapanmu ia memuji dirimu, 
dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. 
Bila telah di percayai, dia khianati. 
Bila telah di cintai, dia dustakan.

Sahabat pemboros dan suka hiburan 
Dia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, 
suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, 
suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.

Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah
Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, 
lebih2 lagi di akhirat. 
Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat ni., 
bukanlah temanmu yang sebenar.

.......................................................................................................................


Kawan, apabila kehadiran dia menyenangkan kita,
keep that relation, :)
like what Rasulullah (PBUH) had said :

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan kematian.”




And, i also have a friend..
very nice friend..

Did you know my leopard friend , 

i'm touching with your caring on me..
with your kindness..
your willing to wait for me..

the time that we promised to talk..
but, 
because we're at the different time..
i'm late..
:D
but, 
you keep waiting..
and counting for me..

Friend,
i never forget that you is one of the best character that came in my life,
thanks for everythings you had done..
thanks for the advices you had gave..
thanks for all you had made for me..
thanks ~ :D

please, 
be the most successfull engineer in the world,
because you already shared your spirit with me,
to make my self willing to trying the best..
to be the great Allah's deen helper ;D

May Allah blees you.. :)
my only leopard friend !
:D