Friday, August 10, 2012

BN hari Jumaat :)


jOm pengisian rohani sikit.. :D

dalam hidup kita ni..
 Allah hanya memanggil kita 3 kali je seumur hidup.. 

tahu ke waktu bila ?

1st calling : 
AZAN



Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita,..
sangat kuat terdengar..
Ketika kita solat
waktu tulah kita menjawab panggilan Allah..

Tetapi Allah masih fleksibel, 
Dia tidak ‘cepat marah’ akan sikap kita.

Kadang kita terlambat, 
bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. 

Allah tidak marah..
Dia masih memberikan rahmat Nya, 
masih memberikan kebahagiaan bagi hamba Nya, 
baik hamba Nya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. 
Allah hanya akan membalas kepada hamba Nya ketika hari Kiamat nanti kelak..
baikkan Allah ? :)

2nd calling : 
Umrah / Haji



Panggilan ini bersifat halus.. 
Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus..
 dan sifatnya ‘bergiliran’ . 
Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. 

Jalannya bermacam-macam. 

Yang asalnya tiada duit..
menjadi ada duit, 
yang tidak merancang.., 
kalau Allah terlebih dahulu merancang..
ternyata akan pergi, 
ada jugak yang memang merancang.. namun tak terkabul. 
kerana hanya Dia Yang Maha Hebat Melaksanakan..

Ketika kita membuat niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan ‘Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan’, 
sesungguhnya saat tulah kita menjawab panggilan Allah yang ke dua ni..
Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, 
meskipun panggilan itu halus sekali. 

Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu’.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ، إِنَّ اللهَ كَتَبَ عَلَيْكُمُ الْحَجَّ. فَقَامَ اْلأَقْرَعُ بْنُ حَابِسٍ فَقَالَ: أَفِي كُلِّ عَامٍ يَارَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: لَوْ قُلْتُهَا لَوَجَبَتْ، وَلَوْ وُجِبَتْ لَمْ تَعْمَلُوا بِهَا وَلَمْ تَسْتَطِيْعُوا أَنْ تَعْمَلُوا بِهَا، الْحَجُّ مَرَّةً، فَمَنْ زَادَ فَتَطَوَّعَ

“Wahai sekalian manusia sesungguh Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mewajibkan kepada kalian ibadah haji!” mk berdirilah Al-Aqra’ bin Habis seraya mengatakan: “Apakah haji itu wajib ditunaikan tiap tahun wahai Rasulullah?” mk beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam pun menjawab: “Kalau aku katakan; ya niscaya akan menjadi kewajiban tiap tahun dan bila diwajibkan tiap tahun niscaya kalian tdk akan menunaikan bahkan tdk akan mampu utk menunaikannya. Kewajiban haji itu hanya sekali . Barangsiapa menunaikan lbh dari sekali mk dia telah bertathawwu’ .”

3rd calling : 
KEMATIAN



Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. 
Pada kebanyakan kes, 
Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, 
dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. 
Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. 
Jadi..
kita kenalah manfaatkan waktu & masa kita baik2..
agar nanti..
panggilan Allah yang ke tiga ni..
dapat kita jawab dengan hati dan sikap yang husnul khotomah..

InsyaAllah..
syurga adalah balasannya..  :)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, 

Rasulullah Saw bersabda: 

*Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama ‘Huraisy’ berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : ‘Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?’
Huraisy pun menjawab, 

‘Aku mau mencari lima orang:

Pertama, orang yang meninggalkan solat
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibu dan bapaknya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.


ilmu yang baik..
perlulah disebar-sebarkan..

dipetik dari :

BN : blOg.nOte :)


No comments:

Post a Comment