Monday, September 10, 2012

ABAH : ''Payah pun, kena syukur jugak"

Lagi beberapa hari, kuliah akan bermula
Alhamdulillah..
terkeluar jugak Mardhiah Ashari dari kemelut keboringan yang memang terlampau boring ni !
:D

...............................................................................................................................................

talk soal study..
tiba-tiba je..
teringat kat abah..
( satu-satunya insan yang mampu membuatkan diri ini mengalirkan air mata..
 dengan hanya bicara darinya )
itulah abah saya.. <3

waktu kecik-kecik dulu..
bila je semangat mulai nak patah..
saya ada abah..
abah sebut je apa-apa..
semangat saya naik balik..

waktu sekolah dulu..
lebih-lebih lagi waktu sekolah menengah..
diri ni agak nakal..
belajar pun,.
ho3~
agak main-main kot..

abah tak henti-henti bagi nasihat..
ingatkan tentang perkara tu..
perkara ni..
harapan abah pada anak perempuan beliau yang ni,
sangat tinggi..
urmm :')

semalam., blog walking..
klik pada blog abah..
usha kejap..
buat hilang rindu..

stalk balik entry abah yang lama-lama..

tahun 2010..
terjumpa satu entry yang bertajuk :

"payah pun kena syukur jugak"

yang buatkan anak abah yang kejauhan ni..
mengalirkan air mata..

abah tak pernah mengadu di setiap kesakitan yang abah tanggung..
langsung tak..!
siapalah kami kanak-kanak yang amat memerlukan beliau..
untuk abah mengadu masalah..

dalam entry tu..
abah bercerita tentang sabar dan syukur..

satu je ayat abah yang membuatkan diri ni tersentuh..

(petikan dari blog abah)
Hari ni pagi lagi saya bersama 3 anak jantan ke kebun, menyempurnakan polibeg tanaman sejenis herba yang kami proses sebagai ubat tradisional dan sehingga kini boleh dikatakan ok la. Boleh juga dikatakan sebahagian besar dari pengguna akan membuat pesanan ulangan satelah mereka mengambil herba ini. Alhamdulillah.


Separuh dari polibeg yang telah diisi dengan media tanaman itu dah dinaiki rumput, subur pulak tuu, masakan tidak media tanaman yang diisi kedalamnya dicampur dengan baja organik, kebetulan hujan pun jadi sekarang, apa lagi sedaplah puak rerumput yang bercambah didalam polibeg itu membesar dengan makanan yang cukup.



Payah juga nak tarik rumput dan anak pokok yang tumbuh dalam polibeg itu, ada anak pokok yang akarnya seakan-akan memenuhi polibeg dan menjadikan jari telunjuk kanan saya sakit dan payah nak dibengkokkan. 

:'(
Allah, ayahanda sayaa..


Tiba-tiba dalam satu kelompok polibeg, bila saya menarik rumput dan anak-anak pokok keluar sekumpulan semut merah yang tidak menggigit. Wah, fikiran saya cepat mentafsirkan, kalaulah semut ini semut gatal alamat amat payahlah kami nak buat kerja. Dan, masa itu, saya akan mengatakan, 'kalau tak ada semut gatal, pasti aku dapat mencabut rumput ini dengan selesa dan cepat dan sebagainya.'



Oh, rupa-ruipanya terlalu banyak ni'mat Ilahi dengan menumbuhkan rumput dan anak-anak pokok ini dalam polibeg ini, Allah tidak menumbuhkan pokok duri, tak diperintahkan semut gatal berumahtangga dalam polibeg ini, tak juga Allah SWT memberi keizinan untuk jadi tempat persembunyian ular lipan dan sebagainya disini.



Rupa-rupanya, banyak benda yang membolehkan aku bersyukur dengan apa yang ditentukan Nya.


.......................................................................................................................................

beberapa hari lalu,
abah hantar message..

bertanyakan tentang aktiviti anak beliau,
di bumi Mesir ni..


abah macam tahu-tahu je ,
apa yang saya buat..
he3..

urm..
mungkin abah tahu..

"kena ambik positif semua perkara..
semoga mendapat kejayaan dunia & akhirat, 
insyaAllah.."


urmm..
walaupun saya tak balik Malaysia..

banyak sangat benda yang saya dapat kat sini..
lebih dari orang lain..
insyaAllah..
Abah suka sangat bila dapat tahu saya join kelas quran..
join program..
mean : tak buang masa sangat..
urm, perkara yang elok..
abah redha..
Allah pun redha..
insyaAllah.. :D

suatu ketika dahulu..
waktu diri ni lemah & malas di waktu pertengahan belajar..
abah massage..


 " kepada semua anak-anak abah..
selamat menjalankan tuntutan hadith  :


طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ


Allah..
:')


abah,
jiwa abah faham apa yang anak-anak abah sedang rasai..
Allah hantar firasat.. Allah suruh abah yang tegur kami..

Abah..
anak abah yang ni susah nak rasa bersyukur kan ?
perjuangan abah kat sana untuk makan minum kami..
susah payah..
abah je yang terlebih menaggung semua tu..
waktu diri ni bimbang ketiadaan duit..
abah yang bertukus lumus mencari..
anak abah kat sini ,
bersenang lenang tunggu abah masukkan duit..

abah,
anak abah pun nak jadi insan berjaya macam abah..
seorang kanak-kanak yang lahir dari keluarga miskin..
namun..
semangat yang wujud dalam diri abah..
membuatkan segala-galanya dalam hidup abah berubah..
menjadikan abah insan terHEBAT dalan HATI kami..

Allah..
Hamba Mu ini, 
lupa untuk bersyukur dengan segala nikmat yang Engkau berikan..
nikmat kesihatan untuk teruskan perjuangan..
nikmat kehadiran 'mereka' yang membantu dalam setiap perkara..

walaupun badai kesusahan Allah hantar,
satu je yang perlu fikir..
semua ni adalah tanda kasih sayang dariNya,
terus hilang penah lelah untuk hadapi masalah tersebut..
insyaAllah ^^,

Allah, jaga diri beliau Ya Allah..
jaga mereka semua untuk ku Ya Allah..



diri ini berjanji..
akan cuba yang terBAIK !
:D

urmm.
iyer abah,



walaupun payah macammana pun..
kena syukur jugak ! ;)



Didy,
abah's strongest daughter !





semangat !
:D


No comments:

Post a Comment