Friday, September 7, 2012

my Leopard friend ! :D

Hadis Abu Musa r.a :

Daripada Nabi s.a.w baginda bersabda: 
Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang yang soleh 
dan berkawan dengan orang yang jahat 
adalah seperti seseorang yang membawa minyak wangi 
dan seseorang yang meniup dapur tukang besi. 
Orang yang membawa minyak wangi, 
mungkin beliau akan memberikannya kepadamu 
atau mungkin kamu akan membeli darinya 
dan mungkin kamu akan mendapat bau yang harum darinya. 
Manakala orang yang meniup dapur tukang besi, 
mungkin beliau akan membakar pakaianmu 
dan mungkin kamu akan mendapat bau yang tidak elok darinya.

Mafhum hadith ni, mesti da faham kan ?

Kat sini, Rasulullah pun dah pesan, betapa pentingnya kita..
untuk memilih kawan yang terbaik untuk dijadikan teman..

Kawan yang terbaik, 
ialah seseorang yang sentiasa membawa kita untuk sentiasa mengingati Dia, 
dan mengingatkan kita untuk menjauhi setiap laranganNya..

Sini ada beberapa jenis golongan kawan..
hurm,
Nak melabel kawan buat apa ?
Diorang nak hidup dengan kita pun dah kira OK kan ?

Ni cuma nak tengok, 
kita ni..
tergolong dalam golongan yang mana..
mean..
check diri sendiri ~ :)



Si Pendengar
Jenis ini mudah mendengar tak kira perkara remeh atau berat tanpa mengadili kita ni salah atau tidak
( Ini yang tak best sikit, tapi memang tak boleh nak elak laaa..sebab dia sangat baik.. )
Mereka tidak akan menyampuk luahan hati kita dan tidak akan memberi nasihat sehingga kita pinta. Kita patut memiliki kawan jenis ini sebagai tempat untuk meluahkan perasaan tambahan juga, kawan jenis ini sangat bagus menyimpan rahsia.

Si jujur
Kawan jenis ini akan bercakap perkara yang jujur sahaja 
( jujur sangat pun takut jugak ! )
tidak kira kita menyukai atau tidak perkara yang anda dengar. Mereka sangat jujur sehingga ditafsirkan sebagai biadap. Kawan jenis ini yang akan memberitahu dan mengomen segala benda yang kita buat seperti sekiranya kasut yang kita pakai tidak sesuai dengan baju, atau sekiranya baju yang dipakai itu tidak cantik. Namun, selepas dia mengkritik dengan jujur, dia pantas memujuk kita kembali atau meminjamkan kasut yang sesuai untuk kita.

Si Penggemar Fesyen
Bercerita pasal kasut atau baju yang mahal, 
tidak semua mampu untuk memiliki barangan Jimmy Choo atau pon Guess. 
Maka, kita patut memiliki kawan yang tergolong dalan jenis ini kerana mereka mampu memilikinya dan dia sangat berbesar hati untuk meminjamkan kepada anda. 
( macam nak ambil kesempatan pun ada :P )
Mereka ini lah yang sesuai dijadikan rujukan sekiranya kita ingin berbelanja besar untuk satu-satu barangan mahal. 
Mereka mempunyai citarasa yang tinggi dan rasa fesyen yang sempurna. 
Namun perkara yang paling menarik, anda mempunyai akses penuh kepada almari beliau.
( yang ni memang nak ambil kesempatan ) 
Hebat bukan?

Si cergas
Ingin tahu DVD senaman yang mana patut dibeli atau yoga studio yang baru dibuka berdekatan dengan rumah anda patut dicuba atau tidak? 
Tanya saja si cergas. 
Mereka yang tergolong dalam kategori ini tidak lokek berkongsi rahsia masakan rendah kalori yang lazat dan enak. 
Nak ajak teman berjoging..ajak je mereka ini, 
mereka sangat berbesar hati menemankan kita bersenam di taman.

Si Diva
Kita semua perlukan drama dalam hidup, 
maka tidak salah memiliki salah seorang kawan dari jenis ini. 
Mereka ini bukan ‘drama queen’ tapi lebih kepada sang puteri yang wataknya tidak akan menyusahkan orang lain. 
Mereka mudah ketawa termasuk kepada diri sendiri, comel dan tiada musuh. 
Yang pastinya hanya suka berlagak diva dan tahu semua perkara.

Si Lasak
Golongan ini lasak seperti budak lelaki dan tahu semua perkara yang budak lelaki tahu. 
Mereka ini mampu untuk menukar tayar kereta kita yang pancit sekiranya kita tiada kawan lelaki yang boleh menolong.
Golongan ini tidak akan sesekali memperlecehkan kemampuan wanita yang serba kekurangan malah mereka sangat boleh diharap.

Si pengambil berat
Mereka yang tergolong dalam kategori ini bersikap seperti ibu yang sangat mengambil berat. 
Kawan jenis inilah yang akan memasak bubur dan sup ayam sekiranya kita demam, 
yang tahu setiap jenis bunga dan yang menyayangi kanak-kanak dan binatang. 
Mereka sangat penyayang, ringan tulang malah anda boleh berkongsi masalah seperti yang kita lakukan bersama ummi :D


Namun, ada juga kawan yang perlu kita hindari dari bersahabat dengan nya,
kerana segala yang buruk darinya, sedikit sebanyak bakal kita contohi..

Sahabat yang tamak
Ia sangat tamak, 
ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, 
dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

Sahabat hipokrit
 Dia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, 
atau hal-hal mendatang; 
ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; 
dan jika ada kesempatan membantu, 
ia menyatakan tidak sanggup.

Sahabat pengampu
 Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, 
yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, 
di hadapanmu ia memuji dirimu, 
dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. 
Bila telah di percayai, dia khianati. 
Bila telah di cintai, dia dustakan.

Sahabat pemboros dan suka hiburan 
Dia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, 
suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, 
suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.

Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah
Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, 
lebih2 lagi di akhirat. 
Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat ni., 
bukanlah temanmu yang sebenar.

.......................................................................................................................


Kawan, apabila kehadiran dia menyenangkan kita,
keep that relation, :)
like what Rasulullah (PBUH) had said :

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan kematian.”




And, i also have a friend..
very nice friend..

Did you know my leopard friend , 

i'm touching with your caring on me..
with your kindness..
your willing to wait for me..

the time that we promised to talk..
but, 
because we're at the different time..
i'm late..
:D
but, 
you keep waiting..
and counting for me..

Friend,
i never forget that you is one of the best character that came in my life,
thanks for everythings you had done..
thanks for the advices you had gave..
thanks for all you had made for me..
thanks ~ :D

please, 
be the most successfull engineer in the world,
because you already shared your spirit with me,
to make my self willing to trying the best..
to be the great Allah's deen helper ;D

May Allah blees you.. :)
my only leopard friend !
:D

No comments:

Post a Comment