Selama beberapa minggu..
saya dan kawan kawan seperjuangan,
pelajar tahun 2 Al-Azhar terpaksa menahan debar kerana menungu result exam final.
Di sebabkan terdapat beberapa masalah pada pihak universiti, result kami ditangguhkan untuk di'announce'.
Selepas esok..
esok..
di sebabkan saya sudah berada di Malaysia..
hanya kawan-kawan yg masih di sana yang membantu,
cekal keluar masuk universiti..
Last-last sekali, saya hanya mendiamkan diri..
berhenti bertanya itu dan ini..
hanya menunggu mereka untuk hebahkan..
Suatu petang..
whatsapp group kuliah kami kalut dengan berita tentang result.
Alhamdulillah, akhirnya..
keluar jugak..
dari petang..sampai malam..
saya menunggu..
kawan-kawan di sana beritahu, result dah keluar..
cuma ada masalah dari segi pemarkahan.
**terima kasih kepada mereka di sana kerana bersusah payah membantu kami :)
Bilamana sahabat saya memasukkan result dalam group fb.
nama pertama yang dicari sememangnya Mardhiah Ashari.
hurmmm..
tersenarai dalam kalangan student Jayyid Jiddan lagi.
same as last year.
tapi bila tengok-tengok balik..
result ni betul-betul sama macam tahun lepas.
sangat sama.
persoalan diajukan kepada sahabat di sana.
iyer, memang ada masalah sebenarnya..
jadi, proses menunggu lagi.
pengharapan untuk mendapat lebih dari tahun lepas membuak-buak.
inshaAllah..
pukul 1 pagi saya tersedar..
tengok di group fb..
satu senarai baru di keluarkan..
mencari-cari nama Mardhiah Ashari.
di sebabkan susunan nama kali ni dah disusun mengikut ranking
hati saya semakin berdebar..
tengok di list student Mumtaz.
tiada.
senyap.
kelam.
sedikit hiba.
dan saya cari pula di list student Jayyid Jiddan.
nama saya yang paling atas.
berada di ranking ke 5.
(4 di atas semuanya mumtaz)
kenapa saya bukan student mumtaz ?
persoalan.
dan pagi tu, tidur saya tak lena..
keesokan pagi, list result yang original sampai ke tangan saya.
**berserta dengan markah
**berserta dengan markah
oleh kerana saya adalah ketua kelas,
list tersebut perlu saya pass kan kepada pihak perubatan.
bila kira kiraan dibuat,..
markah student mumtaz 85% dan keatas..
dan saya..
84%
hanya Allah yang tahu perasaan itu.
saya cuba bersyukur, namun..
masih lagi bertanya..
kenapa?
kenapaa?
kenapaaa?
mula terbayangkan..
soalan soalan yang saya tahu saya silap meletakkan jawapan.
padahal tahu je jawapan dia !
padahal tahu je jawapan dia !
1% je !
ya Allah :'(
namun,
bila saya fikirkan balik..
kenapa setiap kali final,
result saya mcm ni..
( kalau tahun lepas 83% )
teringat balik..
bila saya fikirkan balik..
kenapa setiap kali final,
result saya mcm ni..
( kalau tahun lepas 83% )
teringat balik..
berapa banyak dosa yang saya telah lakukan,
berapa banyak janji kepada Allah yang saya mungkiri..
berapa banyak suruhan Allah dan adab adab yang saya tidak jaga dengan seeloknya..
berapa lama saya biarkan hati ini kotor dengan benda benda karut ketika dalam tempoh menerima ilmu Allah.
ya.
saya lalai.
jadi,
84% ..
tidak perlu untuk saya pertikaikan langsung..
tidak perlu untuk saya pertikaikan langsung..
baiknya Allah,
saya insan berdosa,
saya insan hina,
saya hamba yang biadap,
saya hamba yang selalu lupa kepada Nya..
saya hamba yang jarang sekali mudah mengucapkan syukur..
saya hamba yang jarang sekali mudah mengucapkan syukur..
namun Allah sangat baik kepada saya..
:'(
:'(
dahulu,
saya selalu pesan kepada hati,
__Ilmu
itu cahaya, dan ianya tidak akan memasuki hati-hati yang gelap__
Saya tahu..
siapa yang berbuat baik,
taat kepada ALLAH
akan dipermudahkan jalan kehidupannya,
Saya juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar,
tetapi sering juga dilihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya,
dan ummat ISLAM
tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.
Istidraj ini adalah satu kalimah,
yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya,
yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya,
walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat,
malah seorang pembuat maksiat yang tegar.
Kenapa mereka ini dinamakan manusia
yang mendapat istidraj?
Apakah maksud istidraj?
Istidraj adalah,
apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta
kekayaan,
rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh
dariNya.
Biasanya,
manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka
yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan,
juga tidak berusaha
mengenali ALLAH SWT.
Seperti mana kisah Qarun..
dimana dia ini adalah seorang manusia yang teramat kaya.
Diriwayatkan bahawa,
kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung
perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat.
Hal ini
hendak menyatakan betapa kayanya dia.
Hartanya melimpah
ruah.
Segala perniagaannya menjadi.
Segala pelaburannya mengembang.
Hartanya
makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak
digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua
kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,
“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”
Lihat.
Lihat apa kata Qarun.
Tidak, semua ini adalah hasil
dari… ILMUKU.
Dia nyata semakin jauh dari ALLAH,
walaupun kekayaannya menjadi,
rezekinya melimpah ruah dan sebagainya.
Dia saban waktu memperlekehkan
pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.
Apakah pengakhiran Qarun?
Dia akhirnya
ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya.
Nah…
Apakah itu yang kita mahu?
Terkadang saya juga ada terfikir..
Apakah rasa yang akan timbul di dalam hati kita apabila kita ini jenis yang
melazimi dosa-dosa,
melakukan maksiat,
kemudian kita berjaya di dalam
peperiksaan dan kehidupan.
Apa yang akan timbul dalam hati kita agaknya ?
99% akan merasa :
“ Tengok, aku tak solat
pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada kita ketika itu?
Kita berjaya,
tetapi kita langsung lupa bahawa yang memberi kejayaan adalah Allah
SWT ,
dan ini buktinya kita akan semakin jauh dari ALLAH.
Itulah istidraj.
Nauzubillah, mintak jauh ya Allah :'(
Oleh sebab itu..
jangan gusar bila tidak berjaya.
Cuba lagi.
Hubungan
keimanan dengan ALLAH..
itulah yang pertama sekali perlu kita perhatikan.
Jika kita berjaya membina hubungan keimanan yang baik,
insyaALLAH,
datanglah
badai apa sekalipun, kita akan mampu melaluinya.
Sebenarnya ALLAH sangat suka menguji hamba-hambaNya
yang beriman.
Teringat satu cerita..
Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan
seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah
berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila
jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim,
hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.
“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang
menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang
menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa” ALLAH menjawab,
“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA.
Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya?
Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU
suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”
Nah, jangan anda kecewa bila diuji,
tidak berjaya di dalam
peperiksaan walau sudah study..
gagal dalam perniagaan walau hebat menyusun
strategi.
Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH.
ALLAH menguji hanya
untuk mereka yang dikasihi.
Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,
“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami
beriman sedangkan kamu belum diuji?…”
Jika gagal terhadap satu-satu perkara itu, perkara itu.
Kita masih belum gagal dalam kehidupan.
Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada.
InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada kita.
Bersangka
baiklah kita kepadaNya
Maka sebenarnya,
bila hidup kita digegarkan dengan masalah,
hendaklah kita rasa bersyukur.
Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita.
*Alhamdulillah :')
Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil kita
suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti.. merana.
Semoga Allah jauhkan aku dari tergolong dalam kalangan seperti ini..
Pada diri saya sendiri..
wajib untuk tidak berasa tenang terhadap pemberian Allah ini..
jika saya berbuat dosa,
dan saya berjaya.
Sebab itulah, muhasabah diri itu sangat penting.
Untuk sentiasa
periksa bagaimanakah hubungan dengan ALLAH SWT.
Aku berdosa, tetapi aku berjaya….
Lepas pada ni..
saya dah tak ingin keluarkan kata-kata seperti ini lagi..
:'(
Mardhiah Ashari..
duduk..
please,
muhasabah diri semula.